DEBAK, 19 Jan: Enam rumah dinaiki air di tiga kampung di sini memaksa 30 orang dari enam keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Millinea awal pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata mereka yang berpindah membabitkan penduduk di Kampung Lalang, Bungey dan Babu.
Menerusi laporan banjir yang dikongsikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS itu mula dibuka pada 1:30 pagi.