Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok dan lusa. Foto hiasan Envato

Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok dan lusa.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak khususnya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga Ahad ini,” katanya.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan