Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rokok dan alkohol yang tanpa cukai dirampas. Foto: IPD Miri

Tujuh dicekup jual rokok, alkohol tanpa cukai di Miri

MIRI, 17 Jan: Tujuh individu ditahan termasuk enam warga asing berusia 20 hingga 41 tahun kerana disyaki terlibat dengan penjualan rokok dan minuman beralkohol tanpa cukai di sebuah premis di sini, pada 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata kesemua individu tersebut ditahan sekitar jam 3 petang pada Isnin lepas oleh Pasukan Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman bersama Pasukan Marin Wilayah 5 Bintulu.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut, pihak polis telah menjumpai seterusnya merampas pelbagai minuman beralkohol dan rokok pelbagai jenama tanpa cukai.

“Kes ini telah diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah untuk siasatan dan telah disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan juga Seksyen 6 (1) Akta Immigresen 1959/63,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan di Lokap tahanan Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Alexson dalam pada itu turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat, bersubahat atau melakukan pembelian serta penjualan barangan tanpa cukai, dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis.

“Mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan pembelian dan penjualan barangan tanpa cukai akan dikenakan tindakan tegas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan