Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Britain Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat. Foto AFP

Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat

ByBernama

LONDON, 18 Jan: Raja Britain Raja Charles III akan menjalani “prosedur pembetulan” di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.

“Seperti ribuan lelaki setiap tahun, Raja Charles III telah mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar,” menurut kenyataan Istana Buckingham pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan itu masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu adalah ‘tidak berbahaya’.

“Janji temu Raja akan ditangguhkan untuk tempoh singkat pemulihan,” menurut kenyataan itu.

Raja Charles III menaiki takhta pada 8 Sept 2022, berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan