Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada 27 Mei ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Persiapan penganjuran HAWANA 2024 giat dijalankan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Persiapan bagi penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang dijadualkan pada 27 Mei depan di Kuching, Sarawak, sedang giat dijalankan.

Mesyuarat penyelarasan diadakan hari ini oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku sekretariat HAWANA 2024 dengan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Wisma Bernama, di sini.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Ketua Pengarang Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024 dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2024.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Nasriah Darus yang juga Ketua Jawatankuasa Media, Publisiti dan Promosi HAWANA 2024 serta Pengarah UKAS Samuel Simon.

Simon ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan berkata sehari sebelum itu (26 Mei), satu persidangan berkaitan media akan diadakan antara lain membincangkan tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelaporan berita.

“Persidangan itu akan memberi fokus terhadap penggunaan AI dalam kalangan media dan kami (UKAS) menerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) juga akan menjemput beberapa penceramah dari London dan Singapura untuk bercakap tentang pelbagai perkara berkaitan media,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Bernama atas usaha menjayakan HAWANA 2024.

Pada 4 Jan lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada sambutan HAWANA 2024, yang akan dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Bernama akan terus memainkan peranan sebagai urus setia bagi penganjuran sambutan berkenaan.

HAWANA dianjurkan pertama kali di sini pada 2018, disusuli Melaka pada 2022 dan tahun lepas di Perak merupakan platform untuk pengamal media berkumpul dan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi industri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan