Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM17,000 akibat terpedaya oleh 'Phone Scam' daripada individu yang mengaku anggota polis Foto hiasan Envato

Percaya polis palsu, penjawat awam rugi RM17,000

SARIKEI, 17 Jan : Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM17,000 akibat terpedaya oleh ‘Phone Scam’ daripada individu yang mengaku anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superitendan Polis (DSP) Benedict Faris, berkata, pihaknya menerima laporan wanita berusia lingkungan 30-an itu berkaitan telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘polis’ dari Semenanjung Malaysia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superitendan Polis (DSP) Benedict Faris

Menurutnya, suspek mengatakan mangsa ada terlibat dengan kes jenayah iaitu pengiriman barang yang menyalahi undang-undang.

“Wanita itu kemudiannya diarahkan untuk membuat bayaran untuk menyelesaikan kes tersebut dan mangsa telah melakukan beberapa transaksi pindahan wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya memberitahu suaminya hal tersebut sebelum menyedari dirinya ditipu dan tampil di Balai Polis Sarikei untuk membuat laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan sebat serta juga didenda.

“Kes itu kini disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sarikei,” ujarnya.

Sehubungan itu Benedict menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan transaksi kewangan terutama dengan individu yang tidak dikenali. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan