Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 184 penghuni terjejas dalam kejadian atap enam blok Pangsapuri Iris Garden di sini diterbangkan angin kencang, hari ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Angin kencang atap pangsapuri tercabut, 184 penghuni terjejas

BINTULU, 18 Jan: Seramai 184 penghuni terjejas dalam kejadian atap enam blok Pangsapuri Iris Garden di sini diterbangkan angin kencang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, penghuni dari 47 keluarga diarahkan berpindah kerana rumah mereka tidak sesuai didiami akibat rosak.

“Tahap kerosakan bumbung di setiap blok dianggarkan 80 peratus musnah dan turut terlibat juga iaitu lima kenderaan yang diletakkan di bawah blok tersebut mengalami kerosakan akibat terkena serpihan struktur bumbung,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, pusat penempatan sementara (PPS) di Dewan Assyakirin telah dibuka dan setakat 5:30 petang, tiga keluarga telah mendaftar di PPS berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian pada 2:11 petang dan seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba seterusnya bertolak balik ke balai.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5:05 petang. Tindakan seterusnya telah diserah kepada polis serta agensi kebajikan yang hadir di lokasi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan