Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad sepak takraw Sarawak dijangka akan tampil lebih ampuh apabila akan menggunakan khidmat jurulatih dari Thailand untuk mempersiapkan pasukan ke Sukan Malaysia (SUKMA) ke - 21 Ogos kelak. Foto: TVS

Sarawak guna khidmat jurulatih Thailand, mantapkan skuad sepak takraw hadapi SUKMA

ByLuqman Muhammad

SIBU, 17 Jan: Skuad sepak takraw akan menggunakan khidmat jurulatih Thailand untuk mempersiapkan pasukan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke -21 Ogos depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak, Datuk Ismail Abang Saufi berkata, jurulatih import itu akan turut dibantu oleh seorang lagi jurulatih bertauliah dari Kuala Lumpur.

Kata beliau, perancangan ini dilakukan bagi menjadikan Sarawak sebagai jaguh dalam sukan sepak takraw.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak, Datuk Ismail Abang Saufi. Foto: TVS

“Kita telah membuat pelbagai perancangan serta dengan latihan yang berterusan.

“Menerusi Sukan Sarawak (SUKSAR) pula, kita sediakan platform untuk ketengahkan pemain wanita pada SUKMA nanti,” katanya kepada TVS selepas menyaksikan acara sepak takraw wanita hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan SUKMA pasukan takraw Sarawak, beliau memaklumkan, pemain lelaki akan dihantar menyertai pertandingan kompetetif di Alor Setar, Kedah.

“Selain itu mereka juga dijadual termasuk menyertai satu pertandingan di Wilayah Persekutuan Labuan sebagai persiapan untuk menggegarkan gelanggang SUKMA nanti,” tambah beliau.

Sementara itu Ismail yakin penganjuran SUKSAR mampu mencungkil lebih ramai bakat baharu di Sarawak dan seterusnya berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan