KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Junady Nawawi di pejabatnya di Wisma Bapa di sini, hari ini.
Inti pati kunjungan hormat tersebut menjurus kepada program-program yang dilaksanakan oleh pihak TERAJU di Sarawak.
Untuk rekod, TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
Turut hadir  Pengerusi Sesi Libat Urus (SLU) Kluster Wilayah Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Haji Abdul Ghani.- TVS