Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Najis tikus yag ditemui di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Tikus di sini hari ini. Foto TVS

Najis tikus ditemui di dua restoran di Pulau Tikus

GEORGE TOWN, 17 Jan: Dua buah restoran di Pulau Tikus di sini tidak serik biarpun telah beberapa kali dikompaun kerana tidak menjaga kebersihan.

Hari kedua – dua premis berkenaan sekali lagi dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hasil operasi yang dilancarkan.

Kedai nasi kandar dan masakan India itu diberikan notis penutupan selama 14 hari mengikut Undang-undang Kecil 38(1) Undang-undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991 berikutan penemuan sejumlah najis tikus.

Sementara itu, sebuah restoran makanan arab di Lebuh Chulia di sini turut diarah tutup selama dua minggu berikutan penemuan najis tikus di tempat menyimpan bahan-bahan masakan pada operasi yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu.

Pasukan operasi turut menemui pencemaran silang apabila bahan makanan didapati dialas dengan kertas bercetak selain makanan mentah dan yang telah siap dimasak diletakkan bersama-sama.

Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, M. Bawani berkata, pihaknya mengeluarkan tiga notis termasuk perintah penutupan selama dua minggu sehingga 30 Januari terhadap restoran masakan ala Timur Tengah itu selepas mendapati aspek kebersihan sangat tidak memuaskan.

“Pasukan operasi mendapati telur dan lain-lain bahan makanan diletakkan bersama dengan cat dan bahan pencuci selain tahap kebersihan tempat memasak tidak memuaskan.

“Pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid apabila diminta,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan