SIBU, 17 Jan: Prasarana dan keperluan sukan di sini akan dimantapkan sebagai kemudahan penganjuran acara sukan di bandar ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek berkata komitmen itu juga sekali gus dapat melahirkan atlet-atlet berkualiti untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh kita difahamkan Kolam Renang Bukit Lima ada projek pengubahsuaian membabitkan bumbung kolam renang yang akan diselesaikan Mei tahun ini,” katanya.
Joseph Chieng berkata demikian ketika ditemui TVS pada perlawanan akhir bola tampar di Stadium Tertutup Bola Tampar di sini, pada Rabu.
Bagaimanapun katanya lagi masih terdapat beberapa venue sukan di Sibu memerlukan penambahbaikan khususnya di kawasan tertentu.
“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak untuk tujuan itu,” tambah Joseph. -TVS