Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika melawat lokasi rumah kedai yang musnah dalam insiden kebakaran di Pasar Batu 7, Kota Sentosa yang meragut nyawa seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) pada 9 Januari lalu. Foto TVS.

Bantuan Ehsan Kebakaran berjumlah RM70,000 bantu mangsa bina rumah semula – Fatimah

ByTVS

KUCHING, 17 Jan: Pemilik rumah yang terkesan dalam kebakaran disaran agar memohon Bantuan Ehsan Kebakaran di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi mendapatkan bantuan berkaitan membina semula rumah di tapak asal.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bantuan sejumlah RM70,000 untuk membina sebuah rumah telah disediakan kerajaan bagi bantuan tersebut.

Jelasnya bantuan tersebut disediakan kepada mangsa kebakaran tanpa mengira jenis kediaman sama ada rumah panjang mahupun rumah kampung.

“Saya kata buat perbincangan antara semua yang terlibat juga boleh memohon daripada kerajaan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Bantuan Ehsan Kebakaran sama ada rumah panjang, rumah kampung terbakar.

“Bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kita dalam kes seperti itu adalah RM70,000 untuk sebuah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak berhubung kemusnahan kediaman akibat bencana pada selasa.

Kata Fatimah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan membantu pemilik yang ingin mengemukakan permohonan bantuan khas itu.

“Kita akan bantu dari segi bagaimana hendak membuat permohonan, borang apa yang perlu diisi dan apakah dokumen yang perlu dilampirkan sebelum dimajukan kepada JPBN Sarawak.

“Ia termasuk bagaimana rumah yang akan dibuat dan didirikan di kawasan tanah yang telah diratakan kelak,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, seramai 44 orang di Kampung Bintawa Hilir hilang tempat tinggal selepas sembilan kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Selang empat hari kemudian, seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam insiden kebakaran melibatkan enam rumah kedai di Pasar Batu 7, di Kota Sentosa Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan