Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir dengan paras air mencecah kedalaman 1.5 hingga 3 meter melanda Musi Rawas Utara, Sumatera Selatan yang menyebabkan 54,108 orang di enam daerah terbabit terjejas banjir. Foto BNPB

Banjir: 54,000 penduduk di Sumatera Selatan dipindahkan

ByTVS

JAKARTA, 17 Jan: Banjir yang melanda Musi Rawas Utara, Sumatera Selatan, akibat hujan berterusan telah menyebabkan paras air di hulu sungai meningkat.

Beberapa kampung di enam daerah setempat telah dinaiki air dengan paras air mencecah ketinggian 1.5 hingga 3 meter.

Enam mukim yang terjejas ialah Ulu Rawas, Rawas Ulu, Karang Jaya, Rupit, Karang Dapo dan Rawas Ilir.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, 13,527 keluarga atau 54,108 orang di enam daerah terbabit terjejas banjir.

“Usaha untuk memindahkan para mangsa ke tapak pemindahan sementara masih diusahakan setakat ini, berikutan paras air yang cukup dalam menyebabkan puluhan ribu penduduk terjejas,” katanya.

Beliau turut menyebut sebanyak 239 rumah rosak akibat banjir termasuk kemudahan awam bermula daripada tujuh jambatan, 41 perkhidmatan kesihatan, 36 sekolah, dan beberapa jalan juga dilaporkan rosak.

Sehingga kini, BNPB yang dibantu oleh pihak berkuasa tempatan masih mengemaskini data kesan dan kerugian.

Sementara itu, amaran potensi hujan lebat yang masih boleh berlaku dan menggesa penduduk serta kerajaan tempatan berwaspada dan bersedia menghadapi potensi impak atau bahaya seterusnya.

BNPB juga meminta semua pihak siap siaga mendepani bahaya hidrometeorologi basah, seperti banjir, banjir kilat, angin kencang dan tanah runtuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan