Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima anak Sarawak telah mengharumkan nama Sarawak apabila dinobatkan sebagai pemenang menerusi pelbagai kategori di pentas I Am Model Search International 2024 baru-baru ini. Foto Angel Impact Management

5 anak Sarawak rangkul kejayaan di pentas ‘I am Model Search International’

KUCHING, 17 Jan: Lima anak Sarawak telah merangkul kejayaan dengan memenangi pelbagai kategori di pentas ‘I Am Model Search International 2024‘ baru-baru ini.

Kejayaan membanggakan Richmond Chai, 9, adalah dengan memenangi pemenang utama kategori kanak-kanak lelaki serta turut memenangi kategori Best Avan Garde, Best Media social, Best Photogenic dan Best In Go Sees.

Manakala, Aaisyah Batrisya dan Ramadhania Lau yang mewakili kanak-kanak perempuan masing-masing memenangi kategori Best Personality dan Best Catwalk.

Sementara bagi kategori remaja pula telah dimenangi Nur Qamarina Syafira menerusi kategori Best in Go Sees dan Ashley Chai menerusi kategori Best Catwalk & Be you.

Pertandingan ini telah diadakan pada 10 hingga 14 Januari lepas berkonsepkan ‘High Fashion Futuristic’ dan mempersembahkan pakaian-pakaian traditional daripada negara yang berbeza.

Antara negara yang menyertai pertandingan edisi kedua ini termasuklah Australia, Amerika Syarikat, Botswana, Filipina, Indonesia, India, Jepun, Kemboja, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, Myanmar, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan