Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Hassanal berkenan mencemar duli melawat BCM sempena lawatan rasmi baginda ke Kuching, hari ini. Foto, Marzella Sigai (TVS).

Tengku Hassanal melawat Muzium Budaya Borneo

ByMarzella Sigai

KUCHING, 16 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Muzium Budaya Borneo (BCM) sempena lawatan rasmi baginda ke Kuching, hari ini.

Ketibaan Tengku Hassanal pada 1.10 petang disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Dirindui warga Sarawak, Tengku Hassanal umum lawatan ke Sarawak

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Timbalan Pengarah Muzium Sarawak, Dayang Morzanah Awang Haddy.

Tengku Hassanal kemudiannya dibawa melawat sekitar muzium sambil mendengar penerangan daripada Kurator BCM, Yasmin Khalid Nicholls.

Dirindui warga Sarawak, Tengku Hassanal umum lawatan ke Sarawak

Pada sebelah malam, Tengku Hassanal dijadualkan berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam yang akan turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu, baginda turut mencemar duli melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di ICOM Square dan Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) di Jalan Isthimus Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan