Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan mencemar duli Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Sarawak di salah sebuah hotel, di Kuching. Foto: Awang Azmil (TVS)
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan mencemar duli Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Sarawak di salah sebuah hotel, di Kuching. Foto: Awang Azmil (TVS)

Tengku Hassanal berkenan mencemar duli hadir Majlis Santapan Malam di Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan mencemar duli Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Sarawak di sebuah hotel, di sini.

Sebelum bermulanya majlis santapan, Tengku Hassanal bertemu dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bilik Menghadap di hotel tersebut kira-kira 8 malam tadi.

Pada sesi menghadap itu, Abang Johari turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Tengku Hassanal atas kesudian baginda melawat Sarawak sekali lagi.

Sebelum ini, Tengku Hassanal pernah menjelajah Sarawak pada tahun lalu sempena Kembara Kenali Borneo bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Gembira dapat bertemu semula dengan warga Sarawak – Tengku Hassanal

Pagi tadi, baginda telah berangkat tiba ke Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bagi mendengar persembahan taklimat berkaitan ‘Sarawak Carbon Capture, Utilisation and Storage Strategy’ dan kemudiannya memandu uji kereta Hidrogen menuju ke Sarawak Energy Berhad (SEB).

Keberangkatan tiba baginda di SEB disambut oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dan kemudiannya mendengar persembahan taklimat mengenai ‘Transition From Fossil Fuels To Renewable Energy’ daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datu Sharbini Suhaili.

Pada sebelah petang pula, Tengku Hassanal berkenan mencemar duli melawat Muzium Budaya Borneo (BCM) yang disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Pada esok, baginda dijadualkan mencemar duli berangkat ke Semenggoh Wildlife Centre, Kuching bagi mendengar persembahan taklimat mengenai ‘Forest Protection/State Parks’ dan ‘Sarawak Climate Change Plans and Nett Zero Strategy’ daripada pihak Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak.

Baginda berada di Sarawak selama lima hari sejak semalam dan akan berangkat pulang ke Pangkalan Udara Subang dengan menggunakan pesawat khas pada Jumaat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan