Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Ahsmon Bajah berucap semasa Perhimpunan Bulanan IPD Kuching di sini hari ini. Foto, TVS.

Seorang pegawai polis IPD Kuching digantung tugas, terlibat siasatan SPRM

KUCHING, 16 Jan: Seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching digantung tugas kerana terlibat dalam siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, pegawai berkenaan merupakan salah seorang daripada 25 orang anggota polis IPD itu yang dikenakan tindakan disiplin atas pelbagai kesalahan membabitan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kesalahan syariah.

“Daripada empat anggota yang disiasat, tiga telah dibuang kerja dan seorang diperintahkan untuk digantung tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Dadah, Bebas Rasuah dan Akta Rasmi Peringkat IPD Kuching di sini hari ini.

Sementara itu, Ashmon memberitahu, seramai 133 warga IPD berkenaan turut diarahkan menyertai program intervensi pemulihan selepas didapati melanggar disiplin dan peraturan yang termaktub dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya berharap tiada lagi anggota polis IPD ini terpalit isu disiplin kerana kita mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan