Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lukanisman Awang Sauni mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bintangor sambil diiringi ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Foto UKAS

Klinik Kesihatan Bintangor aplikasi sistem digital

SARIKEI, 16 Jan: Klinik Kesihatan Bintangor menjadi klinik terbaharu di Sarawak yang bakal mengaplikasikan sistem digitalĀ  bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini selaras dengan dasar pendigitalan kementerian dengan mewujudkan Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

Sebelum ini kata beliau projek perintis klinik kesihatan mengaplikasi sistem digital telah dilaksanakan tahun lalu.

ā€œMelalui sistem ini, kita boleh mengurus semua rekod klinik melalui kaedah digital.

“Kita memperkenalkan (EMR) di hospital dan klinik kerajaan supaya setiap rekod dapat berhubung,ā€ katanya kepada media selepas melawat klinik itu hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Lukanisman memberitahu, kerajaan juga meluluskan sekurang-kurangnya tiga projek naik taraf klinik daif di bahagian ini dalam usaha untuk meningkatkan akses kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Pembangunan dan peningkatan taraf klinik daif itu ujarnya selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

ā€œIni termasuklah Klinik Sarikei yang saya lawati pada tahun lalu. Sebanyak RM800,000 akan diperuntukan bagi tujuan berkenaan di bawah Bitara Madani iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM),”ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan