Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Hassanal mencemar duli melawat Muzium Budaya Borneo di Kuching hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Sarawak.

Gembira dapat bertemu semula dengan warga Sarawak – Tengku Hassanal

ByNadhir Azfar

KUCHING, 16 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa teruja kerana berpeluang melawat Sarawak sekali lagi.

Tengku Hassanal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram baginda hari ini.

“Saya berasa amat gembira kerana dapat kembali ke bumi Sarawak yang mempersonakan dan rakyatnya yang mesra,” tulis baginda.

 

 

Sebelum ini, Tengku Hassanal pernah menjelajah Sarawak pada tahun lalu sempena Kembara Kenali Borneo bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal kini berada di Sarawak sempena lawatan rasmi sehingga 19 Januari depan.

Hari ini baginda mencemar duli apabila berangkat melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Muzium Budaya Borneo.

Malam ini Tengku Hassanal dijadual berangkat ke majlis santapan malam yang akan turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan