Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara karate menyumbang empat pingat emas kepada Zon Utara hari ini. Foto Yazid Ibrahim (TVS).

SUKSAR III 2023: Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu) ungguli hari pertama dengan 10 emas

ByLuqman Muhammad

SIBU, 15 Jan: Kontinjen Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu) menduduki kedudukan teratas kutipan pingat selepas berakhir hari pertama Sukan Sarawak (SUKSAR) Sibu 2023 lewat petang tadi.

Kontinjen itu meraih 10 pingat emas dengan sukan angkat berat dan karate masing – masing menyumbang empat emas.

Zon Tengah sasar 40 pingat emas SUKSAR

Mereka turut cemerlang apabila meraih satu emas dalam acara berbasikal dan wushu serta lima pingat perak dan 12 gangsa.

Tuan rumah, Zon Tengah (Sibu,Bintulu dan Kapit) pula mengekori di tempat kedua dengan mengutip lima pingat emas, sembilan perak dan 10 gangsa.

https://staging.tvsarawak.my/2024/01/15/suksar-2024-kontinjen-zon-utara-limbang-miri-bintulu-dahului-kutipan-pingat/

Zon Tengah turut membuktikan kehebatan mereka dalam acara wushu apabila meraih tiga pingat emas.

Dua lagi emas diraih menerusi acara berbasikal dan angkat berat.

Zon Tengah sasar 40 pingat emas SUKSAR

Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching) pula berada di kedudukan ketiga dengan lima emas, enam perak dan lima gangsa.

Zon Barat pula sekadar berpuas hati dengan lima pingat gangsa.

https://staging.tvsarawak.my/2024/01/15/suksar-2024-max-voon-joelle-leong-antara-atlet-termuda-bertanding/

Keputusan terkini boleh didapati menerusi pautan berikut  https://sscsports.sarawak.gov.my/SUKSARIIISIBU23/DailyResult.html – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan