SIBU, 15 Jan: Kehadiran dua atlet cilik, Max Voon dan Joelle Leong pada Perasmian Sukan Sarawak (SUKSAR) 2023 di Stadium Tertutup Sibu di sini menarik perhatian orang ramai.
Kedua – duanya yang berusia 11 tahun itu merupakan atlet sukan judo yang mewakili Zon Tengah (Sibu, Mukah dan Kapit) pada SUKSAR kali ketiga yang membuka tirai hari ini.
SUKSAR platform Sarawak lahirkan jaguh sukan – Gerald Rentap
Jurulatih mereka, Anderson Venus berkata, dia berbangga kerana anak didiknya itu tidak berasa gentar malah bersemangat untuk turun ke gelanggang.
“Sebenarnya ini kali pertama mereka akan bertanding pada temasya besar seperti SUKSAR ini.
https://staging.tvsarawak.my/2024/01/15/suksar-2024-kontinjen-zon-utara-limbang-miri-bintulu-dahului-kutipan-pingat/
“Mereka berpeluang bertanding kerana penganjur memperkenalkan kategori cadet bagi acara judo,” katanya kepada TVS selepas majlis perasmian temasya itu.
Anderson berkata, Max Voon dan Joelle Leong diperkenalkan dengan sukan judo sejak kecil lagi oleh keluarga mereka.
” Walaupun masih baharu namun mereka memberitahu ingin menang pingat emas untuk Zon Tengah,” katanya.
Acara judo akan membuka tirai pada 17 Januari ini di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu.
Sementara itu, majlis pembukaan SUKSAR 2023 dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.
Menurut Gerald Rentap, seramai 1,365 orang atlet yang akan mengambil bahagian dalam 13 acara sukan yang dipertandingkan.-TVS