SIBU, 15 Jan: Kontinjen Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu) mendahului kedudukan kutipan pingat sesi awal pada hari pertama Sukan Sarawak (SUKSAR) 2023 hari ini.
Zon Utara setakat ini menang enam pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Atlet karate Annabelle Ping Balan dan Repdaneil Abdullah Muhammad Raziq cemerlang apabila menang emas kategori masing – masing.
SUKSAR platform Sarawak lahirkan jaguh sukan – Gerald Rentap
Atlet angkat berat wanita Zon Utara, Katierina Bojing turut menceriakan kontinjennya apabila muncul juara acara yang disertainya.
Sementara itu Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) mengekori rapat dengan lima pingat emas, lapan perak dan enam gangsa.
Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching) pula berada di kedudukan ketiga dengan kutipan dua emas, diikuti Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) pula di dasar carta apabila hanya menang tiga gangsa.
Sebanyak 13 acara yang dipertandingkan pada SUKSAR membabitkan angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju, taekwando dan wushu. -TVS