KUCHING, 15 Jan: Flat milik Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di Demak Laut boleh menjadi tempat perlindungan sementara kepada mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Hilir baru – baru ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, flat berkenaan boleh menjadi disewa untuk tujuan berkenaan namun bergantung kepada keputusan mangsa sendiri.
Dr Abdul Rahman ikhtiar cari tempat tinggal mangsa kebakaran Kampung Bintawa Hilir
” (Saya difahamkan) Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai sedang berusaha mencari penempatan sementara untuk mangsa kebakaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita melawat mangsa kebakaran itu di sini hari ini.
Dr Abdul Rahman ikhtiar cari tempat tinggal mangsa kebakaran Kampung Bintawa Hilir
Dalam kejadian 2.35 pagi pada 5 Januari lepas, seramai 44 penghuni di sembilan rumah hilang tempat berteduh selepas api memusnahkan kediaman mereka.
Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Sementara itu ditanya mengenai bantuan disalurkan Kerajaan Sarawak kepada mangsa, Fatimah memaklumkan ia diberikan mengikut maklumat yang diterima.
“Profil mangsa dan bantuan akan diberikan berdasarkan data yang dikumpul. Bantuan makanan, peralatan tempat tidur, bantuan persekolahan, wang saku dan pakaian akan diagihkan dalam masa terdekat.
“Oleh itu ada mangsa kebakaran menerima bantuan sebanyak RM8,000 dan ada yang dapat RM10, 000.
“Jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan pada hari ini ialah sebanyak RM59,050,” tambahnya. -TVS