Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika di Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier. Foto TVS

Wanita Sarawak hebat setanding golongan lelaki – Abang Johari

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Jan: Kerajaan Sarawak optimis mengiktiraf sumbangan golongan wanita dalam pelbagai sektor pentadbiran di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertegas mahu golongan hawa di negeri ini terus bersinar setanding golongan lelaki.

Beliau memetik contoh akan Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail yang menjadi wanita pertama di Sarawak menjawat jawatan itu berikutan pengalamannya yang luas dalam industri penyiaran televisyen.

“Jika mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang besar, kenapa tidak kita memberi mereka tanggungjawab yang selalu dipegang oleh golongan lelaki?

“Dalam konteks kerajaan, saya sangat berterima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan kaum wanita kerana mereka sama-sama membantu dalam memberi segala input yang mereka ada terutamanya dalam sektor ekonomi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu peranan golongan wanita di sini dihargai dalam menyumbang semula kepada masyarakat seperti golongan lelaki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan