Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini. Foto, Adlina Rahman (TVS).

Sarawak tubuh jawatankuasa baharu tangani isu PADU di luar bandar

ByNazirah Adlina

KUCHING, 14 Jan: Sarawak akan menubuhkan jawatankuasa baharu untuk menangani masalah pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) yang dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, melalui jawatankuasa tersebut, beberapa alternatif akan diwujudkan untuk memastikan penduduk luar bandar yang tiada akses internet boleh menggunakan sistem berkenaan.

Lebih sejuta mendaftar dengan PADU – Rafizi

“Kita akan menganjurkan seminar untuk memperkenalkan proses pendaftaran PADU dan tingkatkan jalur lebar untuk membolehkan data dihantar ke sistem PADU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebelum ini beberapa pihak menyarankan supaya kerajaan memperhalusi kaedah pendaftaran PADU kepada penduduk di kawasan pedalaman, terutamanya di Sarawak.

Ini disebabkan kekangan untuk mendaftar kerana ketiadaan talian telefon pintar.

Mengulas lanjut, Abang Johari memaklumkan Kementerian Ekonomi akan turut membantu bagi mempermudahkan serta memperincikan proses pendaftaran PADU di Sarawak.

“Kita akan dapat butiran daripada Kementerian Ekonomi, kita mempunyai Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib di sana dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Syred Aman Ghazali yang bertanggungjawab menjaga hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak,” jelasnya.

Setakat 11 Januari lepas, seramai 99,145 warga Sarawak telah berdaftar dengan sistem berkenaan.

PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Januari lepas bertujuan untuk menghentikan ketirisan dan kebocoran sekali gus memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi berkesan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan