Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak turut meneroka tenaga hidrogen yang menyumbang kepada ekonomin dan kelestarian alam sekitar. Foto hiasan, Envato.

Sarawak miliki kuasa autonomi tentukan tarif tenaga boleh diperbaharui – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 14 Jan: Sarawak berpotensi untuk memimpin dalam ekonomi hijau serantau berikutan telah terlibat dengan lima sektor tenaga boleh diperbaharui setakat ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, wilayah ini juga memiliki kepelbagaian sumber tenaga itu membabitkan hidro, tenaga solar, Power-to-Gas-to-Power power plant (P2G2P), tenaga biomas dan juga hibrid (solar dan angin).

Sarawak, pusat pengeluaran hidrogen hijau pertama di Asia Tenggara – Abang Johari

Kata Abang Johari ini memberi kelebihan kepada Sarawak untuk mengenakan tarif kepada industri tenaga boleh baharu.

“Oleh itu kita akan beri tumpuan kepada pengeluaran tenaga dan industri lain yang berkait rapat.

“Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan tarif yang kompetitif kepada pengguna dan ini akan menarik pelabur datang ke Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pembangunan ekonomi di seluruh dunia turut berkait rapat dengan tenaga.

Pada masa sama, Abang Johari turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk ketuai dasar berkaitan tenaga negara.

“Kejayaan Malaysia terletak kepada ketersediaan tenaga dan sudah tentu dengan adanya kerjasama rapat membabitkan Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak, kita dapat terus memacukan pembangunan tenaga dengan lebih efektif dan tersusun,” tambah beliau.

Sebelum ini, Anwar berkata, pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan berikutan Malaysia telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan