KUCHING, 14 Jan: Pentadbiran selama tujuh tahun Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyaksikan banyak perubahan ketara yang turut memanfaatkan golongan belia di sini.
Mereka yang ditemui TVS pada Sesi Townhall Bersama YAB Premier Sarawak malam tadi berkata, Abang Johari telah mengangkat ekonomi wilayah ini sehingga mencapai status negeri berpendapatan tinggi pada 2023.
Wanita Sarawak hebat setanding golongan lelaki – Abang Johari
Golongan muda di sini juga berpandangan, perkara itu menjadi kebanggaan dalam kalangan rakyat Sarawak.
Ahli Parlimen Belia, Adzim Rahman berkata, beliau berasa bangga kerana ekonomi Sarawak berkembang pesat malah mendahului negeri lain dalam beberapa sektor terutamanya ekonomi hijau.
Wanita Sarawak hebat setanding golongan lelaki – Abang Johari
“Dalam tempoh yang kita boleh kata singkat iaitu tujuh tahun, Abang Johari berjaya melonjakkan ekonomi wilayah ini dengan memperkasa ekonomi digital serta ekonomi hijau.
“Apabila berinteraksi dengan rakan di luar Sarawak, saya rasa bangga kerana dapat ‘jual’ identiti Sarawak yang maju dalam sektor ekonomi baharu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Belia Kota Sentosa, Zaim Danish Mahmud pula berterima kasih kepada Premier Sarawak terhadap inisiatif menyediakan pendidikan percuma menjelang 2026.
“Abang Johari seorang pemimpin yang berwawasan tinggi dan prihatin terutamanya kepada belia. Kita dapat lihat visi beliau yang mahu anak Sarawak menerima pendidikan berkualiti,” katanya.
Ujar Daim Danish, beberapa inisiatif lain yang diperkenalkan turut menunjukkan komitmen Abang Johari melonjakkan sektor pendidikan di Sarawak.
“Selain itu turut diperkenalkan baucar buku percuma serta komputer riba yang diumumkan pada Belanjawan Sarawak 2024,” katanya. -TVS