Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulangi pendirian untuk tidak keluar daripada Malaysia sebaliknya hanya mahu hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan. Foto TVS

Bukan mahu keluar Malaysia, Sarawak bertegas hak dikembalikan semula – Abang Johari

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulangi pendirian untuk tidak keluar Malaysia sebaliknya bertegas hanya mahu hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan.

Menurut beliau ketika ini perkara yang lebih penting adalah untuk menguatkan negara untuk tidak mengulangi episod pertukaran pentadbiran kerajaan pusat dan perdana menteri.

“Memang kita ada dengar suara-suara kecil yang mana mahu Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Malaysia tetapi apa yang paling penting ialah mahu dapatkan semula hak yang ‘dirampas’ oleh mereka.

“Kalaulah kita berpecah, dapatkah kita dapat membentuk Kerajaan Perpaduan? Jadi, kita perlu kuatkan negara kita dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Abang Johari juga menyeru rakyat Sarawak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi sejak dahulu kala lagi.

Beliau juga mahu rakyat Sarawak untuk sentiasa mengingati pesan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem agar menjaga Sarawak baik-baik.

“Jaga Sarawak bait-bait, kata Tok Nan kerana jika Sarawak dijaga baik-baik, negeri kita akan terus kekal aman dan damai.

“Sehubungan itu, keamanan itu perlu kita kekalkan dan jangan terjebak dengan kegiatan ‘Langkah Dubai’ yang boleh menjejaskan negara kita,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu menzahirkan terima kasih kepada rakan-rakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bersama-sama berusaha mengekalkan kestabilan dan keamanan negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan