Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak malam ini. Foto TVS

Peniaga tempatan Sarawak turut berpeluang sertai perdagangan CCUS – Abang Johari

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Jan: Golongan peniaga tempatan Sarawak turut berpeluang menikmati manfaat seperti pelabur dari luar dalam industri pemerdagangan Penggunaan dan Penyimpanan Tangkapan Karbon (CCUS), kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kaedah untuk kita menyimpan karbon adalah kita letakkan di bawah tanah dan itu adalah salah satu aliran hasil yang boleh kita perolehi sebab untuk menyimpannya bukan percuma.

“Oleh itu, para peniaga dapat menjadikan ia sebagai pemerdagangan mereka dan pada masa sama berubah kepada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui,” kata beliau ada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak di sini malam ini.

Bahkan menurut Abang Johari institusi kewangan negara juga turut menekankan kepentingan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kerana ia dapat membuktikan komitmen terhadap amalan etika, tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar.

Maka dengan itu, beliau mengakui Sarawak bertuah kerana antara empat wilayah di dunia yang mempunyai struktur geologi yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida (CO2).

Aktiviti CCUS ini jelasnya dilihat mampu mengurangkan pelepasan karbon berskala besar dan pada masa sama suhu yang semakin panas yang melanda di dunia pada masa kini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan