Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Seri Fadillah Yusof hadir pada majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini malam tadi. Foto, Facebook Fadillah Yusof.

Kerajaan teliti beri geran, pinjaman kepada negeri untuk naik taraf sistem bekalan air

KUCHING, 13 Jan: Kerajaan Persekutuan sedang meneliti untuk menyalurkan bantuan kepada semua kerajaan negeri bagi menaik taraf sistem pembekalan air masing – masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika ini perbincangan sedang dilakukan dengan kerajaan negeri dan bagi mengenal pasti sama ada mereka memerlukan bantuan berkenaan dalam bentuk geran atau pinjaman.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata, bantuan itu bagi membolehkan kerajaan negeri menggantikan paip serta pam lama kepada yang berkeupayaan lebih tinggi.

“Sebagaimana yang kita tahu di seluruh negara, banyak paip utama sudah rosak.

590,000 pengguna sedia hadapi gangguan bekalan air selama 96 jam di Pulau Pinang

“Apabila kita naik taraf pam air dan sebagainya, paip lama mudah pecah dan ini salah satu cabaran yang dihadapi oleh pembekal perkhidmatan bukan sahaja di Pulau Pinang (malah) termasuk di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini, malam tadi.

Yang turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abd Rahman.

Berkenaan bantuan kepada Pulau Pinang, Fadillah berkata, ia dapat digunakan bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth.

Sementara itu, Fadillah berkata, kerja penggantian injap yang melibatkan operasi penyelenggaraan di negeri itu perlu dilaksanakan bagi mengatasi kerugian akibat daripada air tidak terhasil (NRW) yang lebih teruk.

Sebelum ini lebih 590,000 pengguna di seluruh Pulau Pinang terbabit dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lalu hingga jam 6 pagi tadi berikutan kerja pembaikan di LRA Sungai Dua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan