Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Kejohanan Badminton Antara Sekolah Rendah Bahagian Sri Aman Dan Betong Sesi Persekolahan 2023 di Sri Aman pada Sabtu. Foto: TVS

Kejohanan Badminton Sekolah Bahagian Sri Aman dan Betong berpotensi lahir bakat muda

SRI AMAN, 13 Jan: Kejohanan Badminton Antara Sekolah Bahagian Sri Aman Dan Betong Sesi Persekolahan 2023 menjadi platform dalam melahirkan bakat muda dari dua daerah itu.

Menurut Pengerusi Simanggang Badminton, Club Tay Buan Boon, selain mencari pemenang kejohanan itu sekali gus melahirkan generasi muda yang cergas berdisiplin.

“Matlamat utama penganjuran kejohanan bukanlah setakat menentukan sesiapa johan tetapi dengan program sebegini penting bagi melahirkan generasi muda cergas dan berdisiplin.

“Kejohanan ini akan turut membantu membangunkan badminton bahagian Sri Aman secara umumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Badminton Antara Sekolah Rendah Bahagian Sri Aman Dan Betong Sesi Persekolahan 2023 di Sri Aman pada Sabtu.

Tambah Tay sokongan daripada wakil rakyat dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terlibat amat penting bagi terus menyokong usaha dan perancangan pembangunan sukan ini.

Dalam pada itu, Tay berharap kejohanan itu akan diadakan secara dwitahunan berikutan pemain muda yang terpilih dapat melayakkan diri menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sarawak selepas ini.

“Kita juga berhasrat untuk menghantar anak didik mewakili bahagian Sri Aman ke Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Sarawak yang diadakan setiap tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan