Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor melakukan simbolik perasmian Kejohanan Badminton Antara Sekolah Rendah Bahagian Sri Aman Dan Betong Sesi Persekolahan 2023 di Sri Aman Pada Sabtu. Foto TVS

Ibu bapa, guru suntik semangat anak-anak aktif dalam bidang sukan – Dayang Noorazah

SRI AMAN, 13 Jan: Ibu bapa serta guru berperanan penting dalam menyuntik semangat kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, tanggungjawab golongan dewasa itu akan memberi sokongan moral kepada mereka sekali gus membakar semangat untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Saya memohon kerjasama daripada pihak sekolah dan ppd untuk sentiasa memberi semangat kepada anak-anak ini untuk terlibat dalam bidang sukan.

“Kita juga mohon ibu bapa beri lah kata semangat dengan mereka dan mungkin dengan pengalaman yang dilalui tersebut boleh membina semangat mereka untuk lebih berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Badminto Antara Sekolah Rendah Bahagian Sri Aman Dan Betong Sesi Persekolahan 2023 di Sri Aman, pada Sabtu.

Tambahnya penganjuran program atau kejohanan sukan badminton seperti ini perlu diadakan dua kali setahun bagi mencari bakat dan memberi pengalaman kepada anak-anak yang bertanding.

Dayang Noorazah dalam pada itu berkata akan menyediakan sumbangan bagi membantu penganjuran program serupa pada masa akan datang.

“Program sebegini perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sekiranya memerlukan dana boleh maklumkan dengan pihak saya dan kita akan cuba memberi sumbangan semampu yang mungkin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan