Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof hadir majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini, malam tadi. Foto Facebook, Fadillah Yusof.

85 peratus usahawan Pasar Malam Metrocity aplikasi e-pembayaran

KUCHING, 13 Jan: Penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai dalam kalangan peniaga di Pasar Malam Metrocity di sini kini mencecah 85 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini menunjukkan aplikasi berkenaan sedang berkembang dengan baik.

Kata Fadillah, ia juga selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu memperkasakan ekonomi digital menerusi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

“Alhamdulillah setakat ini 85 peratus peniaga di sini sudah menerima pakai pembayaran tanpa tunai.
“Sarawak agak ke depan dalam ekonomi digital (malah) menjadi wilayah pertama yang melancarkan sistem pembayaran elektronik sendiri pada 2017 iaitu menerusi Sarawak Pay yang kini dikenali sebagai S Pay Global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini, malam tadi.

Yang turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abd Rahman.

Berkenaan kempen itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata, ia bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-pembayaran dalam kalangan masyarakat sebagai kaedah pembayaran utama di Sarawak.

“Kempen pembayaran tanpa tunai merupakan inisiatif kerajaan untuk mengesan aliran tunai serta akan membantu dalam perspektif perundangan.

“Ia juga dapat mengurangkan transaksi meragukan,” katanya.

Pasar malam berkenaan yang beroperasi sejak lapan tahun lepas mempunyai lebih 300 tapak niaga dan kini terdapat 237 usahawan pelbagai produk berniaga di situ. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan