Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepanjang tujuh tahun pentadbiran Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, banyak inisiatif yang telah dilaksanakan untuk kemakmuran Sarawak.

Tujuh tahun pimpin Sarawak, Abang Johari pacu Bumi Kenyalang ke aras baharu

KUCHING, 12 Jan: Pada Januari 2017, secara tiba- tiba nama Datuk Amar (kini Datuk Patinggi Tan Sri) Abang Johari Tun Openg menarik perhatian seluruh negara.

Ini kerana beliau yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Menteri I Sarawak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini Premier Sarawak) yang baharu menggantikan Tun Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal dunia.

Tumpuan luar biasa yang diberikan kepada Abang Johari dapat difahami kerana di bahu beliau tersandar satu tanggungjawab yang cukup besar.

Yang dimaksudkan ialah memimpin sebuah negeri terbesar di Malaysia yang ketika itu mula berjuang untuk menuntut haknya yang sekian lama terhakis menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sepanjang tujuh tahun pentadbiran Abang Johari, banyak inisiatif yang telah dilaksanakan untuk kemakmuran Sarawak.

Selain ekonomi digital, agenda pembangunan ekonomi hijau yang komprehensif di Sarawak merangkumi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), pengeluaran mikroalga dan penggunaan hidrogen untuk menghasilkan tenaga elektrik telah membawa Sarawak ke era baharu.

Ini kerana masyarakat global mula mencari tenaga yang lebih mesra alam bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

Sarawak menjadi wilayah yang mampu menawarkan penyelesaian itu di bawah kepimpinan Abang Johari.

Apa yang ditawarkan oleh Sarawak itu selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dicetuskan oleh Abang Johari.

Sudah pasti banyak yang boleh dikongsi oleh Abang Johari yang kini merupakan pemimpin yang dilihat cukup tenang mengemudi wilayah terbesar Malaysia serta membawa kestabilan kepada politik di Sarawak.

Sempena meraikan ulang tahun ketujuh kepimpinan Abang Johari, TVS akan menyiarkan secara rasmi Sesi Townhall bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sabtu, 13 Januari jam 8.30 malam di TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV & Astro.

Dialog itu akan membincangkan pencapaian kerajaan Sarawak sejak 2017 dan perancangannya untuk bergerak maju ke hadapan.

Sesi akan dikendalikan oleh pengacara TV, Sayed Munawar bersama penganalisis politik, Profesor Dato’ Dr Sivamuragan Pandian dan usahawan, Mona Abdul Manap.

Program juga akan disiarkan secara langsung di platform media sosial TVS @tvsarawak dan laman media sosial New Sarawak Tribune, Suara Sarawak dan UKAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan