Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menerima laporan polis sebanyak 86,538 sepanjang 2023 berbanding tahun 2022. Foto PDRM

Suspek bakar kereta Ahli Parlimen Beruas diberkas

IPOH, 12 Jan: Polis berjaya memberkas suspek dalam kejadian membakar kereta Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dengan bom petrol di Taman Semarak Jaya, Manjung di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 30-an itu di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 4 pagi hari ini.

“Polis merampas dua buah telefon bimbit dan dia didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek telah direman selama lima hari sehingga 16 Januari (Selasa) bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Yusri , kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media pada 10 Januari lalu melaporkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz milik Koo Ham hangus, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dan pikap jenis Toyota Hilux turut rosak selepas berlaku kebakaran di kawasan rumahnya.

Kebakaran kira-kira pukul 2.50 pagi yang turut menyebabkan struktur hadapan rumah Koo Ham hangus itu dipercayai berlaku kerana dicetuskan oleh molotov cocktail yang dibaling.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837 bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan