KUCHING, 12 Jan: Seramai 99,145 warga Sarawak telah berdaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga 11 Januari ini.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak memaklumkan mereka yang berdaftar boleh hadir ke kaunter PADU yang dibuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dan juga DOSM Sarawak yang berhampiran mulai 2 Januari 2024.
“Pegawai DOSM juga akan berada di kaunter PEDI terpilih untuk membantu dalam pengemaskinian PADU,” kata DOSM Sarawak menerusi kenyataan, hari ini.
Pengemaskinian secara dalam talian boleh dibuat di laman web PADU, www.padu.gov.my.
Maklumat terkini berkaitan PADU boleh dilayari melalui laman media sosial rasmi PADU, Kementerian Ekonomi, DOSM atau DOSM Sarawak sama ada melalui platform Facebook, Instagram dan X.
PADU merupakan sumber utama kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
“Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU,” katanya.
Dalam perkembangan lain, DOSM akan menjalankan Banci Pertanian.
Maklumat lanjut berkenaan Banci Pertanian ini boleh dilayari melalui portal rasmi Banci Pertanian, https://www.myagricensus.gov.my.
Tema Banci Pertanian pada kali ini adalah “Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian.