KUCHING, 12 Januari: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.
Ini merupakan kunjungan hormat julung kali Dr. Dzulkefly terhadap Abang Johari sejak beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada 12 Disember tahun lalu.
Turut hadir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.
Sempena lawatan kerja rasmi ke Kuching, pada petang ini beliau melakukan lawatan ke tapak pembinaan Hospital Petra Jaya.