Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana YAB Premier Sarawak 2024 di sini hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kepimpinan Abang Johari terbukti cemerlang, diiktiraf dunia – Abu Bakar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Jan: Pentadbiran Kerajaan Sarawak kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terbukti cemerlang sehingga menerima pengiktirafan di peringkat global, kata Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu berkata pengiktirafan membanggakan itu dapat disaksikan dalam sektor pendigitalan dan inisiatif ekonomi hijau.

“Tahun 2024 menandakan permulaan baharu bagi kami (penjawat awam negeri Sarawak) untuk mewujudkan azam, menjamin Sarawak boleh terus mengorak langkah yang bermakna dan berbangga dengan pencapaian kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana YAB Premier Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Dalam pada itu Abu Bakar berkata konflik kesihatan yang menggemparkan dunia sebelum ini iaitu COVID-19 serta ketidaktentuan geopolitik menjadi faktor yang membawa perubahan kepada pentadbiran, khususnya di Sarawak.

Selain itu menurut beliau ketidakstabilan ekonomi semasa, perubahan iklim, krisis keselamatan makanan dan peningkatan kos sara hidup turut menuntut keperluan kebolehsuaian dan daya tahan terhadap perubahan.

Justeru di bawah kepimpinan Abang Johari, kata Abu Bakar, penjawat awam negeri akan sentiasa terbuka untuk perkongsian dan kerja berpasukan yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan.

“Ini termasuk kepimpinan politik, sektor swasta, pemimpin masyarakat dan rakyat.

“Ini bagi memastikan penyelesaian menyeluruh dan holistik yang memberi manfaat kepada semua,” jelas beliau lagi.

Abu berkata pada 2023, Abang Johari telah meluluskan berbagai inisiatif untuk manfaat penjawat awam negeri, termasuk pemberian bonus dua bulan dan menambah baik kemudahan pinjaman kerajaan untuk perumahan dan kemudahan penting termasuk kenderaan, komputer dan peralatan rumah.

“Ia bagi meringankan beban kewangan dan menyumbang ke arah kesejahteraan keseluruhan penjawat awam,” ujar beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan