MIRI, 11 Jan: Pogram Bantuan Lesen Memandu (MYLesen) Senadin dilaksanakanĀ bagi membantu para pelajar mendapatkan lesen, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.
Menurutnya inisiatif berkenaan bertujuan untuk menangani isu para pelajar yang menggunakan motorsikal tanpa lesen ke sekolah.
āSusulan daripada itu, saya berbincang dengan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak bagaimana kita boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ini, jadi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, mereka ada satu program bantuan lesen memandu Kelas B2 untuk motorsikal saja khas untuk golongan memerlukan seperti B40.
“Jadi berdasarkan program ini, saya telah memohon untuk mengadakan satu projek perintis di Miri khasnya di kawasan Senadin kerana di kawasan itu yang menghadapi masalah yang besar,ā katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Mesyuarat Penyelarasan Program Bantuan Lesen Memandu (MYLesen) Senadin di Jabatan Pengangkutan Jalan Miri pada Khamis.
Untuk permulaan, program perintis ini akan dilaksanakan di enam buah sekolah di kawasan Senadin terlebih dahulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, SMK Pujut, SMK Baru, SMK Lopeng Tengah, SMK Riam dan SMK Lutong.
Tambahnya, 1,000 lesen telah diluluskan oleh JPJ Sarawak di bawah program ini dan akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.
āJPJ Sarawak telah meluluskan 1,000 lesen di bawah program ini khasnya untuk kawasan Senadin di Miri. Kita ingin melaksanakan dalam tempoh enam bulan di Miri. Ini akan menjadi satu program perintis.
“Selepas itu, kementerian saya akan memohon supaya dipanjangkan kepada sekolah-sekolah lain yang ada masalah serupa ini,ā ujarnya.
Seterusnya kata Lee, para pengetua sekolah dipilih perlu mengisi maklumat pelajar tidak memiliki lesen motosikal dan pelajar yang ingin mengambil lesen motosikal untuk ke sekolah melalui borang yang diedarkan dan perlu dihantar selewatnya 31 Januari.
Menurutnya, mereka yang layak menerima bantuan ialah warganegara Malaysia, pelajar berumur 16 tahun ke atas, golongan B40, sihat tubuh badan dan mental, belum memiliki lesen kenderaan, bebas dari senarai hitam dan penerima bantuan seperti eKasih, zakat, Sumbangan Tunai Rahmah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -TVS