Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan Sarawak memohon penerbangan tambahan semasa sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah. Foto Faitullah Morni (TVS)

MOTS mohon penerbangan tambahan semasa Tahun Baharu Cina, cuti sekolah

KUCHING, 11 Jan: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbangan untuk memohon penerbangan tambahan semasa sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin turut menasihatkan mereka yang ingin melakukan perjalanan dalam tempoh itu supaya merancang dan menempah tiket penerbangan mereka lebih awal.

“(Dengan menempah penerbangan awal) mereka akan mendapat tambang penerbangan terbaik berbanding tempahan dibuat pada saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Kim Shin berkata beliau menerima kunjungan delegasi daripada AirAsia dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata semasa pertemuan itu beliau diberi taklimat mengenai prestasi operasi AirAsia Sarawak pada 2023 dan perancangan mereka untuk 2024.

“Menurut AirAsia, kebanyakan muatan penumpang ke Sarawak adalah sangat baik dan dijangka berterusan pada 2024, kecuali bagi laluan Singapura-Miri dan Sibu, apabila AirAsia sedang dalam proses untuk menghentikan laluan pada Februari tahun ini kerana kerugian dialami syarikat itu mulai meningkat,” katanya.

Semasa perbincangan itu, Kim Shin turut mencadangkan agar AirAsia meningkatkan kekerapan penerbangan bagi laluan Kuching-Jakarta kerana faktor penumpang semasa adalah baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan