Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Gambar hiasan

Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini – Allaudeen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama malam ini berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan