Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa yang ditemui dari tapak tanah runtuh di daerah Kawashima di bandar Anamizu, wilayah Ishikawa. Foto AFP

Korban gempa bumi Jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang

ByBernama

TOKYO, 11 Jan: Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sejumlah 52 orang masih belum ditemukan manakala sekurang-kurangnya 567 lagi cedera, menurut penyiar NHK.

Sebanyak 98 kematian dilaporkan di Suzu manakala di Wajima seramai 83 orang dilaporkan terkorban, Anamizu (20) Nanao (lima), Noto (empat), Shika (dua) dan di Hakui (satu).

Selain itu, kerajaan wilayah berkenaan mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana turut dilaporkan iaitu mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan