Lelaki yang mengalami masalah pendengaran itu disaman kerana menghalang kenderaan bomba di lorong kecemasan. Gambar hasan. Foto Envato

Polis saman lelaki halang kenderaan bomba di laluan kecemasan

ByBernama

ALOR SETAR, 10 Jan: Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim pada hari Ahad lepas, setelah rakaman video berhubung tindakannya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 40 saat tular di media sosial semalam, yang memaparkan tindakan sebuah kenderaan yang enggan memberi laluan kepada kenderaan pasukan bomba di laluan kecemasan.

“Kejadian yang tular itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lepas. Pihak terlibat iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengalami masalah pendengaran telah dipanggil hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan tindakan saman telah dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan