Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis. Foto AFP

Perkhidmatan 5G capai 80.2 peratus, peralihan ke dwirangkaian bakal diumum

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Jan: Perkhidmatan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Susulan pencapaian itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam sidang media di sini hari ini berkata kerajaan dijangka mengumumkan peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G.

Beliau berkata mesyuarat Pasukan Petugas Khas 5G akan bermesyuarat Jumaat ini, bagi menentukan hala tuju serta langkah berikutnya dan keputusan pasukan khas itu akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa itu akan disertai Digital Nasional Bhd (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang menandatangani perjanjian langganan saham (SSA).

“Dijangka tidak lama kerajaan menimbangkan mengumumkan peralihan dari satu rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian. Selepas itu rangkaian 5G kedua boleh diwujudkan sekiranya beberapa syarat perkara yang dipersetujui pasukan khas dicapai,” kata Fahmi.

Pada 31 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G negara beralih daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian atas beberapa justifikasi, termasuk meningkatkan persaingan sekali gus menamatkan unsur monopoli yang dikaitkan dengan DNB.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan