Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Perodua Myvi merempuh cermin sebuah stesen minyak di Taman Canning. Foto Sosial Media

Myvi dipandu lelaki Switzerland rempuh stesen minyak

ByBernama

IPOH, 10 Jan: Sebuah Perodua Myvi merempuh cermin sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini hari ini, gara-gara pemandunya seorang lelaki warga Switzerland dikatakan mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian pada 10.30 pagi itu, lelaki berusia 77 tahun tersebut yang berada di satu daripada pam minyak sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak sebelum secara tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki kanan.

“Akibat daripada itu, pemandu berkenaan dia tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya penunggang motosikal berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita yang berada di situ cedera di kaki kanan dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Video dan gambar kejadian itu tular di laman Facebook . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan