Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Zaim Zharfan

Kebakaran rumah kedai Kota Sentosa, JKM salur bantuan bencana, psikologi kepada mangsa – Fatimah

ByDouglas Elliot

KUCHING, Jan 10: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan menyalurkan bantuan bencana kepada keluarga insiden kebakaran semalam yang meragut nyawa seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun di Kota Sentosa, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, pihaknya kini sedang mengkaji jenis bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga mangsa.

“Kementerian kami menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fatimah memberitahu JKM bakal menyediakan bantuan psikologi untuk membantu keluarga mangsa yang berdepan dengan detik hitam tersebut selain bantuan bencana.

“Pakar kaunselor JKM sedia untuk memberikan bantuan psikologi dan intervensi krisis. Kami berharap bantuan komprehensif ini dapat membantu keluarga mangsa untuk mengharungi kejadian tragis ini,” katanya.

Terdahulu, JKM telah menyumbang bantuan bencana berupa pek kelengkapan tidur, bantuan wang saku, bantuan pakaian dan peralatan sekolah serta bantuan bencana binaan berjumlah RM5,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan