Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) menggantung sementara operasi pesawat Boeing 737-MAX 9 di ruang udara domestik negara ini. Foto, TVS.

Indonesia gantung sementara operasi pesawat Boeing 737 MAX 9

ByTVS

JAKARTA, 10 Jan: Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) menggantung sementara operasi pesawat Boeing 737-MAX 9 di ruang udara domestik negara ini.

Keputusan itu dijangka memberi kesan kepada syarikat penerbangan Lion Air yang mengendalikan tiga unit pesawat dengan pendaftaran PK-LRF, PK-LRG, PK-LRI.

Langkah berkenaan diambil susulan insiden panel saluran bahan api tertanggal membabitkan pesawat sama milik Alaska Airlines yang dalam penerbangan ke California dari Lapangan Terbang Portland pada 5 Januari lalu.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Kemenhub, Kristi Endah berkata, keputusan itu merujuk kepada arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat yang meminta Boeing menghentikan penggunaan pesawat 737-MAX 9 selepas melakukan semakan dan penilaian.

“Berdasarkan penilaian dan penyelarasan, kita memutuskan untuk menghentikan sementara operasi pesawat Boeing 737-MAX 9 di penerbangan wilayah domestik sehingga perkembangan selanjutnya,” katanya.

Kristi berkata, kementerian akan terus mendapatkan lebih banyak maklumat walaupun Boeing 737-MAX 9 milik Lion Air merupakan model berbeza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan