KUCHING, 10 Jan: Jabatan Meterorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama dua hari bermula esok, 11 hingga Jumaat, 12 Januari ini di tujuh daerah di Sarawak.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini mendedahkan daerah terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
Amaran tersebut dikeluarkan pada jam 12.10 tengah malam pada Selasa.
Sebelum ini, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang pada 9 Januari. -TVS