Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengadakan sidang media di pejabatnya di Beruas hari ini. Foto FB Ngeh Koo Ham

Ahli Parlimen Beruas maafkan individu bakar keretanya

IPOH, 10 Jan: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memaafkan individu yang mencetuskan kebakaran sehingga menyebabkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan rumahnya di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung dekat sini rosak dalam kejadian awal pagi tadi.

Koo Ham berkata, beliau memahami pihak berkenaan bertindak sedemikian kerana disesatkan dengan hasutan oleh pihak lain.

“Saya memaafkan mereka yang mahu membakar rumah dan kereta saya, bahkan mengancam keluarga saya (dalam insiden ini).

“Saya menyeru parti-parti politik dan organisasi berasaskan agama agar bertindak dengan bertanggunjawab dan tidak menyemai kebencian.

“Seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu melawan ekstremisme dan keganasan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz hangus, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dan pikap jenis Toyota Hilux turut rosak selepas berlaku kebakaran.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kebakaran kira-kira jam 2.50 pagi itu dipercayai berlaku kerana dicetuskan oleh molotov cocktail.

Insiden itu turut menyebabkan sebahagian struktur tempat letak kereta terbakar sebelum bomba menamatkan operasi memadamkan kebakaran jam 4.44 pagi.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika beliau dan keluarga sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumah.

“Isteri saya terdengar bunyi loceng rumah berkali-kali sebelum mendengar orang menjerit api, api ketika menjenguk dari tingkap dan menyedari kereta Mercedes-Benz E300 sedang dijilat api.

“Saya nampak di hadapan kereta berdekatan pintu rumah, satu botol kaca yang telah pecah serta terbakar sebelum menghubugi polis dan bomba,” katanya lagi.

Sementara itu, Koo Ham berkata, beliau percaya tindakan berkenaan dibuat pelaku ekoran daripada kenyataannya pada 28 Disember lalu yang mencadangkan pakar Perlembagaan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Cadangan itu dikritik pelbagai pihak, dengan pemimpin Pas dan Bersatu menuduhnya sebagai mencampuri hal ehwal Islam. Pemimpin Umno juga menyatakan cadangan Koo Ham sebagai dangkal dan tidak berasas.

Sambil menggambarkan cadangannya itu diputar belit oleh ahli politik untuk mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam, beliau telah memohon maaf dan menarik balik cadangan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan