KUCHING, 10 Jan: Sebanyak 39 pusat penjagaan kanak-kanak di Bandaraya ini masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus.
Bagaimanapun daripada jumlah itu menurutnya sejumlah 32 pusat penjagaan sedang dalam proses permohonan.
Menurutnya, antara faktor pusat-pusat jagaan berkenaan belum mendaftar adalah kerana keengganan pemilik untuk melalui prosedur yang diperlukan.
âMungkin mereka enggan bersusah payah untuk mengisi borang. Kadang-kadang mereka tidak mengambil kira faktor keselamatan dan mengabaikannya,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada lawatan ke Taska Bimbingan Cahaya Cawangan Swee Joo Park di sini, hari ini.
Untuk rekod, penubuhan pusat jagaan kanak-kanak memerlukan perakuan daripada Jabatan Tanah dan Survei, Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Kementerian Kesihatan, sebelum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.
Pada tahun 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, KanakâKanak dan Kesejahteraan Komuniti merekodkan sebanyak 18 pusat jagaan kanak-kanak di Sarawak berdaftar di bawah Seksyen 6 Akta Pusat Jagaan 1993. -TVS